BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 13 July 2011

Renung-Renungkanlah....

Apabila kita rasa diri sempurna dan orang lain tidak cukup baik,
Maka ada kekurangan sebenarnya pada diri kita....
Kita cuma akan sempurna apabila kita sedar diri kita serba kekurangan..
Oleh itu,
Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap menghukum...

Monday 11 July 2011

Langkah-Langkah Membina Blog

http://echam76.blogspot.com/2009/01/langkah-demi-langkah-membina-blog.html

Sunday 10 July 2011

Sinopsis Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kesimpulannya, kesediaan guru untuk memikul kedua-dua tanggungjawab ini memerlukan lebih masa lagi. Penerapan bidang teknologi maklumat di dalam bidang pengajaran kepada guru-guru sebenarnya masih lagi baru walaupun cadangan serta keinginan untuk melaksanakannya telah lama dipersetujui bersama. Umumnya, bidang teknologi maklumat ini sebenarnya masih baru lagi dengan guru-guru bahasa Melayu kecualilah guru itu mempunyai minat serta ingin mempelajarinya sebagai kesediaan untuk membantu dalam pengajaran. Mengaplikasikan TMK dalan pengajaran sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih lagi kerana pengolahan bahan serta penyampaiannya memerlukan daya kreatif dan inovasi yang lebih lagi supaya bahan itu tidak nampak seperti kosong dan hanya sebagai selingan sahaja bagi mencapai hasrat. Pemupukan yang lebih kreatif dalam menerapkan aplikasi TMK ini perlu gandingan pelbagai pihak jika benar-benar hendak dilaksanakannya.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran Bahasa Melayu dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat merangsang minat murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan dan menyeronokkan murid apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.  Oleh itu, penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah kaedah pengajaran yang terbaik.

Friday 8 July 2011

Galeri Aktiviti Sekolah


AKTIVITI 
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT
TAHUN 2011


PENGAJARAN GURU MENGGUNAKAN KOMPUTER





SUKAN  SEKOLAH



PERKHEMAHAN SEKOLAH






SAMBUTAN HARI GURU


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




=)